Pada 22 Oktober 2023 (Ahad), Hari Terbuka K2K dijalankan di tempat letak kereta Blok B, Projek Perumahan Rakyat Taman Mulia. Acara ini berlangsung selama empat jam, dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Seramai 600 orang penduduk telah diraikan.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk menggalakkan penyertaan komuniti dan meningkatkan semangat mereka
Bengkel seni telah dianjurkan untuk menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Di PPR Taman Mulia, dua bengkel seni telah dijalankan. Secara keseluruhan, sekitar 70 orang penduduk telah turut serta.
Bengkel yang pertama bertemakan batik, suatu seni yang amat dekat dengan warisan dan sejarah Malaysia. Dihoskan Ayayu Batik, bengkel ini disertai banyak anak muda bersama ibu bapa mereka, menunjukkan semangat untuk mempelajari bentuk seni tradisional ini.
Selain itu, terdapat juga bengkel reka bentuk baju-T dan beg jinjing dengan CreaTee, yang menjadi saluran peserta pelbagai lapisan umur untuk melahirkan kreativiti mereka dengan membuat reka bentuk yang unik.
Program K2K Idol ialah pertandingan menyanyi yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan juga suatu wadah untuk mencari bakat tersembunyi dalam komuniti perumahan awam. Di setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol ini turut dilancarkan dan akan berjalan selama dua minggu.
Uji bakat diadakan pada Hari Terbuka. Mentor yang dilantik untuk PPR Taman Mulia, Zur Eda, turut membuat persembahan pada hari tersebut dan mengajak para penduduk menyahut cabaran menyertainya.
Untuk maklumat lanjut mengenai proses pertandingan dan senarai pemenang, sila lihat laman K2K Idol.