Pada 8 Oktober 2023 (Ahad), Hari Terbuka K2K dijalankan Projek Perumahan Rakyat Seri Cempaka, di antara Blok E dan Blok F. Acara ini berlangsung selama empat jam, dari 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. Seramai 700 orang penduduk telah diraikan.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan untuk menggalakkan penyertaan komuniti dan meningkatkan semangat mereka.
Dengan kerjasama Persatuan Sukan Rekreasi Malaysia (lebih dikenali sebagai Padang Bola Sepak) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), suatu klinik futsal telah dianjurkan untuk kira-kira 40 orang peserta. Klinik ini dipimpin oleh jurulatih FAS yang membahagikan para peserta mengikut umur untuk sesi latihan. Sesi ini menumpukan pada kemahiran asas, latih tubi dan perlawanan persahabatan.
Klinik ini berakhir dengan satu sesi rapat mesra dengan salah seorang bekas pemain FAS, Mohd Nasriq Baharom, yang berkongsi pengetahuan dan pemahamannya dengan para peserta.
Program K2K Idol ialah pertandingan menyanyi yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan juga suatu wadah untuk mencari bakat tersembunyi dalam komuniti perumahan awam. Di setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol ini turut dilancarkan dan akan berjalan selama dua minggu.
Uji bakat diadakan pada Hari Terbuka. Mentor yang dilantik untuk PPR Seri Cempaka, Ezlynn, turut membuat persembahan pada hari tersebut dan mengajak para penduduk menyahut cabaran menyertainya.
Untuk maklumat lanjut mengenai proses pertandingan dan senarai pemenang, sila lihat laman K2K Idol.
Program ini mendapat sokongan DBKL, Persatuan Penduduk dan Kawasan Rukun Tetangga, Persatuan Belia Seri Cempaka, Persatuan Surau dan Persatuan Kebajikan dan Komuniti PPR Seri Cempaka. Di sepanjang persediaan Hari Terbuka, banyak mesyuarat diadakan dengan organisasi komuniti bagi memastikan acara dapat berjalan lancar.