Para peserta berpeluang untuk merebut gelaran juara dan wang tunai sebanyak RM10,000 di Pertandingan Akhir K2K Idol. Namun, setiap juara di kawasan masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.
Muhammad Razlan bin Mohamed Yusof (lahir 11 Jun 1985 di Taiping, Perak), seorang penyanyi dan pelakon, lebih dikenali sebagai Lan Kristal dan kemudian sebagai Lan Solo. Namun kini beliau lebih senang dikenali sebagai Lan Yusof. Beliau menganggotai Kumpulan Kristal sebagai vokalis sejak tahun 1999 dan kemudian membuat keputusan untuk mengundur diri daripada kumpulan itu pada November 2017.
Beliau telah menyertai program Gegar Vaganza musim ke-4 pada 2017 dan berjaya mendapat tempat ke-3.
Pertandingan K2K Idol telah dilancarkan pada 17 Disember 2023, di PPR Lembah Subang 1 bersempena dengan Hari Terbuka K2K. Pertandingan akhir pula telah berlangsung pada 7 Januari 2024. Pertandingan ini telah berjaya menarik seramai 90 orang penduduk yang bersemangat untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang muzik. Selepas penilaian dibuat oleh mentor K2K Idol, mereka telah memilih 19 finalis yang bakatnya paling menyerlah. Sambutan daripada kumpulan bakat di sini sangat menggalakkan, dan para hakim memberi pujian kepada majoriti peserta yang telah mempamerkan kebolehan mereka pada hari itu.
Sebelum acara penyampaian hadiah, Lan Solo telah menyanyikan lagu cover “Di Penjara Janji” (penyanyi asal Awie) yang merupakan antara lagu yang sangat digemari oleh para penonton yang hadir.
Bagi pertandingan akhir K2K Idol yang berlangsung di PPR Lembah Subang 1, sekumpulan hakim termasuk Dato Freddie, and ikon lagenda, Lan Solo dan Kak Rozita Rohaizad, telah dijemput untuk membuat penilaian terhadap persembahan para peserta.
Para hakim telah menitipkan nasihat yang berharga kepada para peserta, untuk membantu mereka agar dapat terus memperbaiki prestasi persembahan mereka.