Pemetaan Sosial
Pemetaan Sosial di PPR Kg Baru Hicom telah dijalankan untuk membantu memahami isu-isu tempatan dan untuk mendapatkan pengetahuan dan pemahaman tempatan.
Pemetaan Sosial di PPR Kg Baru Hicom telah dijalankan pada 7 Oktober 2023 (Sabtu) dan 22 Oktober 2023 (Ahad)
Kumpulan yang telah terlibat termasuk
  • Ibu Tunggal
  • Warga Emas
  • Usahawan
  • Suri Rumah
  • Belia Bawah 18 Tahun
  • Belia Atas 18 Tahun
  • AJK Surau dan Kuil
  • Individu Kurang Upaya
Secara keseluruhan, sejumlah 82 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi Pemetaan Budaya di PPR Kg Baru Hicom.

Para peserta ditanya tentang perasaan mereka tinggal di PPR Kg Baru Hicom

51%

menjawab mereka berasa gembira

18%

menjawab mereka berasa bangga

13%

menjawab mereka berasa murung

Peserta-peserta juga ditanya sama ada perubahan dan penambahbaikan positif boleh dilakukan di PPR Kg Baru Hicom

35%

memberi respons “ya, dalam masa 1 tahun”

Umumnya, tiga komponen teratas yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah di PPR Kg Baru Hicom ialah “keselamatan”, “kebersihan”, dan “pengurusan”. Penjelasan tentang tiga isu teratas bagi setiap komponen ini adalah seperti berikut:

KESELAMATAN

  1. Sampah atau apa-apa barang dicampakkan daripada tingkat atas
  2. Kes pecah rumah dan kecurian kenderaan
  3. Gangguan awam

KEBERSIHAN

  1. Sampah dan sisa makanan dicampakkan dan dibuang ke merata-rata tempat
  2. Terdapat banyak najis haiwan (contohnya kucing, tikus) di merata-rata tempat
  3. Longkat tersumbat / infrastruktur tidak diselenggara dengan baik

PENGURUSAN

  1. Penduduk tidak dilibatkan dan tidak mengambil bahagian dalam membuat keputusan
  2. Pengurus bangunan tidak dapat dihubungi pada kebanyakan masa
  3. Kurang koordinasi pada peringkat atasan

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2