K2K Idol
Program K2K Idol ialah pertandingan nyanyian untuk membawa keriangan dan keseronokan kepada komuniti PPR.
Apa Itu K2K Idol?
Program K2K Idol ialah pertandingan nyanyian yang diperkenalkan sebagai suatu intervensi kesihatan mental dan ia turut berperanan sebagai wadah untuk meneroka bakat terpendam dalam kalangan komuniti di perumahan awam. Pada setiap Hari Terbuka K2K, program K2K Idol bagi setiap lokasi akan dilancarkan dan akan berlangsung selama dua minggu.
Pelancaran program K2K pada Julai 2023 merupakan satu inisiatif kerajaan yang berfokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan komuniti perumahan awam. 
Instagram:
Aman membuktikan reputasinya sebagai salah seorang ‘rapper freestyle’ yang paling hebat di dalam seni rap yang sengit persaingannya di Malaysia, dan beliau sering menjadi tarikan utama dalam pelbagai acara.

Dibesarkan dalam komuniti PPR bersama ibu tunggal dan adik-beradik, Aman Ra mendapat inspirasi daripada pengalaman yang beliau lalui untuk lagu hitnya, “Budak Flat.” Lagu ini, yang jelas menggambarkan perjuangan dan keazaman untuk keluar dari kepompong kemiskinan, memberi inspirasi kepada peminat untuk percaya kepada potensi kejayaan melalui kerja keras dan ketabahan.

Kini, sebagai Duta K2K Idol, Aman Ra turut serta dan membuat persembahan dalam acara pelancaran Hari Terbuka K2K di PPR.
mentor
Ito Blues Gang 

Kumpulan Blues Gang merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia [1]. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu. Nama kumpulan ini diambil sempena nama penyanyi rock Amerika Syarikat, James Gang.

Blues Gang merupakan sebuah kumpulan penyanyi Malaysia yang mengenengahkan irama 'blues dan rock' yang segar dengan memasukkan unsur-unsur Malaysia seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan. Pernah muncul di layar perak di dalam filem kontroversi arahan pengarah Nasir Jani dalam tahun 1986, Kembara Seniman Jalanan. Kumpulan Blues Gang telah berpecah namun ahli-ahlinya masih lagi aktif membuat persembahan di kelab-kelab malam di sekitar ibu kota.

"Semoga perjalanan anda di K2K Idol menjadi saksi kepada bakat hebat yang terdapat di perumahan awam kita. Menyanyilah dengan sepenuh jiwa, dan anda akan dapat menyentuh hati ramai manusia."
Ito
FINALIS
Kategori Utama
(atas 18 tahun)

  • Bakarudin B Hamzah
  • Faizah Bt Khalib
  • Ishak B Abdul Aziz
  • Jamilah Bt Abd Rashid
  • Maimunah Bt Ali
  • Mohd Shuhardi
  • Muhamad Firdaus B Hamdan
  • Muhammad Faiz B Idris
  • Muhammad Zulhafizan Asyran B Zulkarnain
  • Muhd Farid B Sinwani
  • Shahrizan B Mohd Said


Kategori Junior
(Bawah 18 tahun)
  • Ahmad Aniq Arro'syid B Abd Rahman
  • Ahmad Danish Safwan B Mohd Safri
  • Muhammad Alif Adha B Mohd Fadzely Nizam
  • Muhammad Harith Zafri
  • Muhammad Noor Zaheerin Nazuan B Abdul Zahir
  • Muhammad Qayyim Ammar B Md Dali
  • Muhammad Qayyum Iman B Md Dali
  • Nur Afrina Darwina Bt Abdullah
  • Zuhaili Cinta Syuhada Bt Abdullah
pemenang
Kategori Utama
(atas 18 tahun)

  • Shahrizan B Mohd Said - Juara
  • Muhammad Faiz B Idris - Naib Juara
  • Faizah Bt Khalib - Tempat Ke-3


Kategori Junior
(Bawah 18 tahun)

  • Ahmad Danish Safwan B Muhammad Safri – Juara
  • Muhammad Noor Zaheerin Nazuan B Abdul Zahir - Naib Juara
  • Muhammad Harith Zafri B Mohd Suhaizadh - Tempat ke-3

Lain-Lain
  • SESI LATIHAN
  • PERTANDINGAN AKHIR
  • HAKIM
  • SESI LATIHAN
  • PERTANDINGAN AKHIR

    Pertandingan K2K Idol telah dilancarkan pada 3 Disember 2023, di PPR Desa Tun Razak bersempena dengan Hari Terbuka K2K. Pertandingan akhir pula telah berlangsung pada 17 Disember. Pertandingan ini telah berjaya menarik seramai 91 orang penduduk yang bersemangat untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang muzik. Selepas penilaian dibuat oleh mentor K2K Idol, mereka telah memilih 20 finalis yang bakatnya paling menyerlah. Sambutan daripada kumpulan bakat di sini sangat menggalakkan, dan para hakim memberi pujian kepada majoriti peserta yang telah mempamerkan kebolehan mereka pada hari itu.

    Acara dimeriahkan dengan persembahan hebat penyanyi lagenda Ito Blues Gang yang telah menyanyikan lagu ikonik “Ibu” and “Apa nak dikato.” Melodi blues yang berkumandang berjaya menawan hati para hadirin, malah mereka turut serta menyanyi bersama-sama.

  • HAKIM

    Bagi pertandingan akhir K2K Idol yang berlangsung di PPR Desa Tun Razak, sekumpulan Hakim termasuk Dato Freddie, and ikon lagenda, Ito Blues and Lann A To Z, telah dijemput untuk membuat penilaian terhadap persembahan para peserta.

    Secara keseluruhan, para hakim telah memberikan sokongan padu kepada semua peserta, menitipkan nasihat serta meniup semangat kepada mereka untuk terus memperbaiki prestasi persembahan mereka.

    Acara dimeriahkan dengan persembahan Ito’s Blues Band yang mengusik jiwa dengan melodi lagu blues yang mempesona.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2