Pemetaan Sosial
Membantu memahami isu-isu tempatan dan mendapatkan perspektif dan pemahaman komuniti.
Sesi Pemetaan Sosial di PA Seri Selangor telah dijalankan pada 10 Jun 2023 (Sabtu), 9 pagi hingga 1 tengah hari, dan kemudian pada 14, 15 dan 16 Jun 2023, 8.30 hingga 10.30 malam, iaitu tiga hari berturut-turut (Rabu hingga Jumaat).
Kumpulan yang telah terlibat termasuk
  • Ibu Tunggal
  • Warga Emas
  • Usahawan
  • Suri Rumah
  • Belia Bawah 18 Tahun
  • Belia Atas 18 Tahun
  • AJK Surau dan Kuil
  • Individu Kurang Upaya
Secara keseluruhan, sejumlah 90 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi Pemetaan Budaya di PA Seri Selangor.

Para peserta ditanya tentang perasaan mereka tinggal di PA Seri Selangor

55%

menjawab mereka berasa bangga 

25%

menjawab mereka berasa gembira

17%

menjawab mereka berasa murung

Peserta-peserta juga ditanya sama ada perubahan dan penambahbaikan positif boleh dilakukan di PA Seri Selangor

52%

menjawab ia adalah “mustahil”

Umumnya, tiga komponen teratas yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah di PA Seri Selangor ialah “kebersihan”, “penyelenggaraan”, dan “keselamatan”. Penjelasan tentang tiga isu teratas bagi setiap komponen ini adalah seperti berikut:

Kebersihan

  1. Sampah dan sisa makanan dicampakkan dan dibuang ke merata-rata tempat – termasuk di taman permainan mereka.
  2. Bilangan tong sampah tidak mencukupi.
  3. Terdapat banyak najis haiwan (contohnya kucing, tikus) di merata-rata tempat.

PENYELENGGARAAN

  1. Respons yang lambat setelah aduan dibuat,
  2. Kualiti kerja peyelenggaraan yang rendah.
  3. Kerja penyelenggaraan mengambil masa terlalu lama atau tidak disiapkan.

KESELAMATAN

  1. Sampah atau apa-apa barang dicampakkan daripada tingkat atas,
  2. Ketagihan dan pengedaran dadah.
  3. Kes pecah rumah dan kecurian kenderaan.

Bersama membentuk bandar berdaya huni.
K2K, dipimpin oleh Think City, meningkatkan kualiti hidup di perumahan awam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Dengan berkolaborasi bersama komuniti setempat, K2K mengatasi cabaran dalam pemberdayaan masyarakat, pengurusan bersama, penjanaan pendapatan, dan reformasi dasar. Matlamat K2K adalah untuk mencipta persekitaran kehidupan yang berkembang, inklusif, dan mampan.
Ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan sebuah organisasi impak yang memberikan khidmat nasihat dasar bandar, projek bandar, dan pembangunan usaha dengan Matlamat Pembangunan Mampan sebagai panduan kami.

© Copyright 2024 Think City Sdn. Bhd. All Rights Reserved. Registration Number: 200901026839 (869941-P). 
Ooops!
Generic Popup2