Program K2K bertujuan untuk merakamkan dapatan-dapatan utama yang relevan terhadap penambahbaikan berterusan perumahan awam agar dapat berperanan sebagai repositori pengetahuan di samping menggalakkan penambahbaikan dasar. Topik utama dalam siri penerbitan ini antaranya termasuk analisis sektor, sejarah perumahan awam, pembiayaan perumahan awam, pemahaman sosioekonomi, idea reka bentuk, isu pengurusan konflik, dan banyak lagi.
Artikel dan buku yang memfokuskan kepada topik-topik yang pelbagai ini akan diterbitkan secara individu untuk menyebarkan pengetahuan yang diperoleh secara sistematik kepada khalayak umum dengan lebih meluas.